Thursday, 15 May 2014

Kuala Lumpur... Kami Datang

Assalamualaikum semua... 
Alhamdulillah, kami telah selamat sampai KL Ahad baru- baru ni. Plan asalnya nak berangkat before subuh lagi tapi dek kerana kepenatan sangat, ( the night before keluar jalan-jalan ke Tesco sambil beli a few things) lebih kurang 10.30 pg jugak kami bertolak dari Pasir Mas. Kami singgah sekejap di rumah mertua di Tanah Merah sebelum meneruskan perjalanan. Alhamdulillah our journey was going smoothly. Just berhenti solat dan makan serta rehat sekejap di beberapa hentian. 
Seperti biasa, time naik kereta mesti berebut dua orang anak yang tua nak duduk depan sebelah daddy. Dan biasanya, si abang lah yang menang. Sometimes gaduh jer budak-budak bertuah tu. Bising satu kereta. Adik Alfi pulak, Alhamdulillah tak banyak ragam sepanjang dalam perjalanan. Tidur sahaja. Cuma menjelang malam tu tetiba nangis sekejap- sekejap. Rupa-rupanya colic pain. Perut dah masuk angin daaa. Once dah sapu minyak and barutkan perut dia dan tidurkan dia dalam posisi telungkup atas riba, barulah berenti menangis and tidur semula.
Actually around 7 pm tuh kitorang dah sampai KL but unfortunately daddy tertinggal kunci rumah dalam kereta masa balik dengan flight hujung minggu tu, so kitorang terpaksa la ke subang airport dulu ambik kunci. Pukul 9 pm jugak lah kitorang sampai ke rumah. Dah angkut barang semua, dan kemas sikit apa yang patut, pukul 12 tgh malam baru boleh beradu.
Sedar tak sedar dah masuk hari ke 3 kat KL ni. Tapi nampaknya anak perempuan dah mula rasa bosan. Dah mula ajak mummynya ni balik rumah Siti (panggilan untuk nenek belah ibu). Mana taknya since datang ni rasanya baru sekali kot keluar rumah. selebihnya terperap kat dalam umah main-main dengan permainan sedia ada kat rumah daddy ni. Daddy kerja, petang baru balik dan kebetulan semalam terpaksa keluar lagi untuk jumpa kawan lama, so tak dapatlah nak bawak anak-anak jalan-jalan. Mummy pun sebenarnya, masih belum sihat sepenuhnya lagi untuk keluar jenjalan hari- hari. Today baru day 44 post delivery kan. Hahaha....kalu asyik keluar jer, habis melayang selera mummy. semua benda nak makan. Takdenyer nak kontrol dah. terliur segala benda. First 2 weeks ni rasanya tak leh nak diet sangat. But I do try to reduce carbo intake and increase my protein intake instead. And tak lupa pakai Premium Beautiful bodyshaper.:)))
Ok. Till next time... will update more.

Xoxo,
@niknaeimah
012-9510280


* Yang berminat nak tahu pasal peluang bisnes bersama GLAM, boleh hubungi Nik ok.:)

Sunday, 11 May 2014

A Favour Please πŸ˜€

Assalamualaikum and hi dear readers..
Could you please do me a favour? Please do click a 'LIKE' button on my pages,
www.facebook.com/pbdrnikna and www.facebook.com/wannniknascollections.
Your kindness are most appreciated.

Thursday, 24 April 2014

Aktif ke aktiviti???πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„

Salam uolls...
Update sikit... hehehe time tempoh pantang ni lah rasanya punya banyak sangat masa sampai tak tau nak buat apa. Rutin harian for the past few weeks ni pagi -pagi lagi around 4.30am to 5.00am dah bangun sebab baby merengek lapar. Mata dok pejam tapi suara dah bunyi. Merengek jer. Kalu dah bagi breastfeed but still merengek tak puas lagi maknanya kena salin pampers lah tu. Pampers dah penuh or ada ketulan emas. πŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒ.Baby Alfi time pepagi ni lah dia buat projek. Hehehe. Dah salin yang bersih, barulah dia lena semula. 
During weekdays, around 7.00 to 7.30am, anak perempuan biasanya dah bangun. Abang sulung pun dah sedar tapi tak nak bukak mata lagi. Masing- masing mintak buatkan susu. So mummy bgn buat susulah. Then pujuk abang sulung bgn mandi untuk ke sekolah. Since ader adik baru ni, agak liat sikit dia nak ke sekolah ( Nik hantar ke sekolah PASTI dekat dengan rumah, jalan kaki 5 minit pergi balik πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„). Sometimes makan pujuk sometimes tak berjaya.
If dia tak ke sekolah, alamat bisinglah kat rumah. Sekejap bergurau dgn adik Anis sekejap bergaduh. Lepas tu baik semula. Budak2 memang macam tu eh. Tak tahan kalau lasak sangat terjun terjun kerusi tu hai... naik jugak suara mummy nih. Or kalau dah gaduh cakar2, tumbuk2 tuh, mahu mummy tak jerit. Haiiih πŸ˜¬πŸ˜¬πŸ˜¬πŸ˜¬πŸ˜“πŸ˜“πŸ˜“.
Dah settle abang and kakak, giliran adik Alfi pulak mandi. πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†. Senang jer mandikan Alfi ni tak banyak ragam. πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„. Tak nangis pun. Lepas tu baru boleh uruskan diri sendiri. Alhamdulillah senang juga ada bibik kat rumah. Banyak membantu especially time suami takder kan.
Then susukan Alfi dan tidurkan. Baby ni bamyak tidur lah. Lama- lama nanti banyak jaga pulak. If abanh ke sekolah tinggallah kakak main sorang2 kat umah. Macam-macam yang dia main. Layan jer lah sambil- sambil mummy minum pagi . Kebetulan awal2 jaei tu ader jugak berurut dan bertungku so biasa tukang urut datang pagi sampai tengahari. Sambil berurut tu sempat jugak jenguk2 dan  update blog and bisnes online- fb, instagram, google+, WA.
Tengahari time kakak pulak tidur. Abang balik sekolah. Mummy makan lunch. If tak tidur, kakak akan lunch dengan mummy. Bukan apa... sajer nak bermanja lah tu. Petang mummy akan siapkan blog update dan layan customer order. Time macam ni kena mintak tolong hubby poskan barang. Tak susah pun. Whatsapp kan ader. Hahaha..πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜πŸ˜πŸ˜.
Petang petang ader budak mengaji kat rumah. Abang and kakak join menyibuk je lah. Keluar masuk bilik mummy. Dah penat tu pandai diorang masuk dapur carik bibik untuk mandi dan makan. Dah habis busak mengaji balik, baru giliran adik Alfi pulak mandi. Then mummy. Selalu mummy yang last. 
Malam pulak dah settle semua, dok depan tv semua tengok tv. Kalau ader rancangan menarik lama lah kat ruang tamu tu. Kalau tak awal la masuk bilik. Time ni telepon hubby dulu before anak2 masuk tidur.  Dah berbual dengan daddy, time to sleep. Biasanya diorang sleep early sebab dah penat main siang hari kan... Mummy pun tidur jugak kalau si kecil tak meragam.
Ok. Bai....πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„
😍😍😍
Xoxo,
@niknaeimah

Tuesday, 22 April 2014

Love: Evelove

Assalamualaikum...
Alhamdulillah... Itu yang boleh Nik ucapkan kerana penantian selama 2 minggu akhirnya berakhir. This morning, Nik telah selamat menerima kiriman breast pump set jenama Evelove. 
Actually this breast pump Nik beli ngan cousin Adda (she is a dropship agent). Why i choose Evelove set? Because it is much more affordable to me besides ianya pump elektrik, boleh pump double sekaligus. Tambahan pula banyak juga free gift yang di beri.πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„. Boleh visit her fb page Cygnet Mom Shop.
Ok lah kan. Beli setakat kemampuan. Hehehe. Beli yang mahal lagi boleh tapi dah ader yang murah dgn fungsi yang lebih kurang sama apa salahnya. Dapat jugak berjimat. Kan????
Let me share with u the photo::::

Ok bai... see u next time
Xoxo,
@niknaeimah

Wednesday, 16 April 2014

New Bundle Of Joy

Assalamualaikum dear readers.
 Agak lama pula blog ni bersawang. Well di akhir2 kehamilan , Nik masih lagi bekerja seperti biasa cumanya bertukar kepada waktu pejabat biasa which is 8 to 5. That was started when I was 36 weeks gestation.Infact sebenarnya lagi penat lah kan. Tapi yang bestnya hujung minggu Nik dapat berehat di rumah. So, dapatlah restkan badan 2 hari tu rasa dah cukup bersyukur sangat. Yelah, penat tau time kerja kena bergerak jer. Akhir2 pregnancy tu nak bergerak pun dah tak larat nak angkat kaki. Berat and sakit dalam tulang pinggul. I'm sure mana- mana ibu sure pernah merasa pengalaman ni kan? Too bad orang lelaki tak nerasa dan takkan dapat merasa.πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜œ.
Anyway, seminggu before due date Nik dah ambik cuti tahunan. Requested earlier so that rakan sekerja mentally prepared dgn shortage of worker n possiblity of increase number of patients (means increase workloads). Nik pun dah tak larat nak usung perut ke sana ke mari.
Sebetulnya Nik mengharapkan deliver awal semasa cuti sekolah hari tu. Sekurang- kurangnya hubby ada at that time. Tapi nampaknya baby tak nak keluar jugak. 
At last, on 1st April 2014, @ 9.44pm lahirlah bayi lelaki seberat 3.18kg secara normal. Welcome to the world my baby boy. Alhamdulillah. Walaupun suami tak ada dan tak sempat menemani di bilik bersalin, mujurlah my mom sendiri dibenarkan masuk menemani. Lama jugaklah sebenarnya berada di bilik bersalin. Since pukul 5 petang masuk until almost 10 mlm kan. Hanya berbekalkan kurma dan air zam zam sahaja. Syukur Allah kurniakan kekuatan untuk meneran.
One thing that I experienced that night was baby was straight away given to mother to be cuddled n breastfed. Selalunya baby di bawa ke satu bilik untuk di lap dan di mandikan before di serahkan kepada ibu untuk penyusuan. Bagus juga macam ni. Develop bonding mother n baby.
 My husband balik malam tu jugak dengan flight. I thought, sebaik jer hubby touched down di airport, time tu lah baby keluar.πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜… And he went straight to hospital to meet us. So malam tu tidurlah kami bertiga di hospital. My mom balik rumah dulu lah dah seharian dok jaga kan. Penat tapi she had not complained. Thank you so much Mom for being there for me. Dan untungnya sebagai staff, Nik dapat keistimewaan wad staff satu bilik pulak tu. Hehehe. Syukur Alhamdulillah. 
Ok. Next time Nik story about pengalaman berpantang pulak n semestinya dengan Premium Beautiful CorsetπŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„. See ya next time.
xoxo, 
NikNaeimah

Thursday, 13 February 2014

URTI PLEASE GO AWAY

Assalamualaikum dear readers n happy Thursday!

How are you? Hopefully all of u are in a good health. Unfortunately for me, I’m down with sneezing, running nose and cough. I’m having allergic rhinitis but usually not this frequent. Nak makan ubat pun tak boleh sebarangan. Just took homemade remedies that are honey and lime juices.

Since during pregnancy, the immune system is quite low hence the attack is quite frequent. I even got asthma like attack during early pregnancy. Alhamdulillah, now no more.

My babies also not feeling well nowadays. I bet most of us are especially kids.

Started with my daughter, having fever on and off associated with running nose. Initially i did not give any medication, only done tepid sponging. The reason is, she hates medication so much. But when the fever did not subsided, then i had to give supp. PCM which also she resisted. But i have no choice. After 2 doses, the fever subsided. After 2 days, the fever come again.

This time i noticed she had cough as well. Luckily after frequent tepid sponging and bathing the fever subsided. For cough, i just rub an ointment and massage her chest and her back. Alhamdulillah, it works.

Last night when i came back from work, my children already fast asleep in the living room. But noted my son also started to have cough. He even coughing during sleep.

Once  put them on bed, he started coughing (I need to wake him up to go to bed...he is so heavy for 4 year old boy, i cannot ‘dukung’ him anymoreJ). Because of recurrent coughing, he even vomitted. I guessed he just finished his milo drink before went to sleep. Pitied him. Later, i put on ointment rub on his back as well and he could sleep peacefully throughout the night. Alhamdulillah.

If you noticed, i seldom give medication to my child, not because i don’t care but they don’t like to take so much. They will spit the medication out. So, no point to give it unless the symptoms stubbornly don’t go away. Funny right, how doctor’s children hate medication so much.

Though, I thank Allah, He did not tried me something that i cannot endure. Even, sometimes the situation quite tough for me as I worked on shift basis while my husband is far away and I need to left her with bibik ( i have to trust her and TRUST ALLAH the most thay i can rely on my bibik to take care of my babies). Could not simply ask for emergency leave like that unless the condition warrant me to stay at home and taking care of them.

May Allah bless us with a healthy body, a peaceful mind and a prosperous life!

Ameen.

MY CHILDREN, MY PRECIOUS!!! :)



Friday, 24 January 2014

Sihat..sihat..sihat

Assalamualaikum semua...

     Well, hari ni almost 1 week since Nik balik bercuti dan masuk kerja balik. Wah boleh tahan jugak kesibukan kerja di casualty. Nasib baik tenaga kerja pun ramai, so boleh lah cope dengan bilangan pesakit yang ramai.

     Semalam terbaca satu artikel online lebih kurang mengenai masalah kekurangan katil di wad di beberapa buah hospital terutamanya hospital IT.  Juga masalah salah guna jabatan kecemasan untuk kes-kes yang tidak cemas atau kronik.

     Sebetulnya, di tempat Nik sendiri walau bukan 100% hospital IT tapi masalah kekurangan katil di wad juga adalah masalah yang sudah lama berlaku menyebabkan kelimpahan pesakit di jabatan kecemasan. Masalah ini amat dirasai terutamanya waktu cuti sekolah, waktu perayaan dan sekarang ni waktu hujung minggu atau cuti am yang panjang melibatkan hujung minggu.

     Apa yang Nik nak highlight kan di sini bukanlah masalah fasiliti hospital tapi lebih kepada masalah kesihatan di kalangan masyarakat kita terutamanya di Malaysia. Kenapa makin ramai pesakit datang ke hospital sekarang? Beberapa persoalan timbul di kepala.
1.       Adakah tahap kesihatan masyarakat kita sekarang semakin merosot?
2.       Apakah faktor penggalak kepada masalah kesihatan ini?
3.       Adakah masyarakat tidak cakna dengan masalah kesihatan sendiri sebelum terlambat... dah tahu ada penyakit tapi tak nak usaha mengubati dari awal, atau mungkin juga rasa putus asa untuk jaga kesihatan dengan lebih baik—tak nak makan ubat walau sudah di berikan doktor.
4.       Ataukah mungkin juga kurang pendedahan pendidikan kesihatan kepada masyarakat?
5.       Atau masyarakat terlebih “anxious”?

     Memang amat membimbangkan kerana ianya memberi efek kepada banyak permasalahan lain.
Kebanyakan kes yang datang ke tempat nik  adalah kes- kes serangan jantung, komplikasi kencing manis dan darah tinggi seperti strok, kes- kes kemalangan dan juga serangan asthma.  Ada juga masalah kesihatan yang lain termasuk kes- kes yang  non acute non critical. Ader jugak yang salah guna jabatan kecemasan ni yer... itu memang tak patut la.

     So guys...please do something dalam menjaga kesihatan diri k. Mencegah itu lebih baik dari berubat. Once dah kena penyakit, yang reversible tu oklah, tapi kalau dah kena kencing manis, darah tinggi, serangan jantung tu... memang seksa la nak kena makan ubat selalu. Tak boleh miss. Time demam selsema biasa seminggu pun kita dah tak tahan nak kena makan ubat, inikan pulak nak kena makan seumur hidup. Itu yang ada kadang kala ada pesakit tak ‘compliance’ makan ubat sebab bosan dah asyik makan ubat bercupak-cupak. Selagi boleh elak, kita cuba elakkan. Jangan nanti sengaja cari penyakit kan?

    Cek pemakanan kita. Apa yang kita makan, kuantiti yang di ambil, kesahihan keselamatan makanan pun nak kena ambik tahu jugak. Jangan pakai hentam jer makan especially supplemen itu ini. Ambil yang betul- betul perlu.

     Aktiviti kecergasan. Do something yang mengeluarkan peluh dan membakar tenaga. Bakar lemak- lemak uolls. Tak semestinya nak kena jogging di trek, pergi gym bagai. Sometimes buat kerja-kerja rumah pun adalah salah satu senaman juga. Yang penting jangan over excersice. Tak bagus juga untuk diri. Apa-apa pun orang kata bersederhana.

     Oklah. Nik doakan semua pembaca blog ini sentiasa berada dalam kesihatan yang baik. Doakan Nik juga k.

Love yourself and love others as well :)

Lots of love,
<3<3<3 Nik

Saturday, 18 January 2014

Tren oh Tren

Eh..kenapa pulak dengan tren? Hehehe...

     Alkisahnya Nik plan bercuti ke Kuala Lumpur setelah hampir 2 minggu persekolahan dibuka. Dah rindu sangat ngan hubby yang terpaksa kembali ke KL untuk carik rezeki..Memang terasa sangatlah kan sebab sebulan lebih hubby cuti tiba2 takde dah... Sunyi sepi pulak rasa. Anak- anak pun lebih lagi lah terasa sebab bila cuti, daddy bagi sepenuh perhatian. Mummy pulak kerja macam biasa. Sempat cuti seminggu sahaja untuk jalan- jalan ...Cuti-cuti Malaysia gitu.

     So, lepas 2 minggu, Nik applied cuti seminggu ke KL. Biasanya kitorang naik flight saje sebab cepat, so anak-anak tak lah bosan. Tapi disebabkan Nik dah preggy banyak minggu dah ni....So, terpaksa decide gi ngan tren jer..Terpaksalah anak-anak tahan...

     On that day... tren nye pukul 6.35 dari Pasir Mas... So dah plan at least pukul 6 dah kena turun dari rumah. Nak di jadikan cerita, Nik hari tu kelepasan malam... So balik umah tu memang ngantuk la jawabnya...Anak- anak pun turut tertidur petang tu. bangun- bangun jer dah pukul 5. Apalagi kelam kabut lah jadiknya. Nasib baik pakaian semua dah siap dalam beg masing-masing.

     About 10 minit nak pukul 6.30 baru kitorang turun. Tu pun nasib baik jalan tak jem. Thanks to my mom yang hantar kitorang ke stesen. Sesampai je kat stesen tengok- tengok tren dah sampai. Sikit jer lagi nak bergerak. Terus Nik turun kereta sebaik berhenti dan berlari ke tren. Hahahaha dengan perut memboyot tu...Bibik n anak- anak kat belakang la. yang penting sekat tren tu dulu..By the time sampai, tren dah start bergerak. Panik jugak di buatnya. Terus Nik lambai tangan kat petugas stesen bagi isyarat nak naik jugak...dah la depa dok jauh...bagi isyarat tangan je lah kan. Nasib baik relatives penumpang yang lain jerit- jerit jugak kata ada penumpang terakhir ni hah.. Alhamdulillah....rezeki tuhan nak bagi, tren berhenti...terima kasih pada hamba Allah yang tolong angkut beg- beg kami sampai ke tren. 

     Disebabkan panik tadi, so, kitorang naik jer tren tu walau pun bukan koc yang sepatutnya kitorang naik. Asal selamat naik dulu...koc mana nak pergi kemudian kira.. Nak dijadikan cerita, kami naik koc nombor 6. Koc kami sepatutnya nombor 3. So, terpaksalah meredah 3 buah koc untuk sampai ke koc kami. Rupa-rupanya 4 koc termasuk koc kantin. HUHUHU...Rasa nak nangis kejap. Bukan apa, kalo Nik sorang tak kisah. Ni dengan budak- budak kecik... Of course la diorang ada rasa takut especially time nak melintas antara koc dengan tren tengah bergerak laju... 
  
     Tapi Nik kuat semangat supaya diorang tak rasa takut. Alhamdulillah ada sorang anak muda yang sudi tolong angkat a few bags kami. Kalau tak, mahu berulang 2-3 kali dari koc 6 ke koc 3...Nik pun dah rasa pening dah sekejap sebab rasa darah naik ke kepala...ngan tren bergerak lagi...Akhirnya sampai jugak ke koc kami dengan bersusah- payahnya. Terima kasih anak muda kerana sudi tolong. Terima kasih Ya Allah kerana menolong kami.

     Sudahnya, malam tu Nik kepeningan dan kesakitan kepala. Walau dah beli koc berkatil tapi di sebabkan dua-dua anak nak tidur ngan Nik, terpaksalah mummy ni berkorban sedikit untuk keselesaan anak2. Sorang kepala kat sini sorang kepala kat sana. Mummy berteleku di tepi katil je lah...Late at night baru dapat tidur gilir-gilir kongsi bantal dengan anak-anak. Tahu tak selesa especially dengan perut yang dah besar ni tapi sebab ngantuk, tahan je lah. Bibik, dengan selesanya tidur tanpa gangguan. Hahaha...Nasib.

     The next day sampai almost pukul 9.30 pagi kat KL Sentral. Alhamdulillah, daddy dah tunggu sambut anak-anak sebab that day cuti maulidur rasul. Ringan sikit bebannya. Balik rumah, daddy buat sarapan pagi mee goreng....Thanks so much daddy:) We love you lah...Hehehe:):):)

     Itulah pengalaman yang tak dapat di lupakan...Nik abadikan dalam blog ni untuk tatapan di masa akan datang...

Friday, 17 January 2014

Happy New Year 2014

Assalamualaikum dear readers... 

Rasanya masih belum terlewat untuk Nik ucapkan Selamat Tahun Baru 2014 untuk semua pembaca sekalian. Diam tak diam, pejam celik pejam celik sekejap sahaja kita dah pun berada di pertengahan bulan Januari. Betapa cepatnya masa berlalu meninggalkan kita tanpa kita sedari.

 Macamana perancangan kita di tahun baru ni?Ada tulis kat diari ke kat whiteboard ke? Kerana apa yang kita tulis tu biasanya kita akan lebih fokus. Dah start buat ke apa yang perlu kita buat?Agak- agak, apa yang dah kita buat dan kita capai setakat ni? Hopefully, kita akan lebih bersemangat di tahun baru ni. 

Nik pun baru saja dapat semangat bila jumpa dengan mentor dan leader. Sebelum ni rasa macam biasa jer tahun baru ni. Takder yang spesel pun..katanya:P

Tapi bila dah jumpa leader merangkap sahabat seperjuangan nih... banyak nasihat berguna yang di serap. Membuatkan Nik bersemangat untuk live life to the fullest...Terima kasih mentor kerana menaruh keyakinan padaku.

Nik doakan semuanya akan berjalan dengan lancar di tahun 2014 ni.:) Nik dokan juga semua perancangan readers berjalan lancar. 

HAPPY NEW YEAR FRIENDS!!!