Saturday, 18 January 2014

Tren oh Tren

Eh..kenapa pulak dengan tren? Hehehe...

     Alkisahnya Nik plan bercuti ke Kuala Lumpur setelah hampir 2 minggu persekolahan dibuka. Dah rindu sangat ngan hubby yang terpaksa kembali ke KL untuk carik rezeki..Memang terasa sangatlah kan sebab sebulan lebih hubby cuti tiba2 takde dah... Sunyi sepi pulak rasa. Anak- anak pun lebih lagi lah terasa sebab bila cuti, daddy bagi sepenuh perhatian. Mummy pulak kerja macam biasa. Sempat cuti seminggu sahaja untuk jalan- jalan ...Cuti-cuti Malaysia gitu.

     So, lepas 2 minggu, Nik applied cuti seminggu ke KL. Biasanya kitorang naik flight saje sebab cepat, so anak-anak tak lah bosan. Tapi disebabkan Nik dah preggy banyak minggu dah ni....So, terpaksa decide gi ngan tren jer..Terpaksalah anak-anak tahan...

     On that day... tren nye pukul 6.35 dari Pasir Mas... So dah plan at least pukul 6 dah kena turun dari rumah. Nak di jadikan cerita, Nik hari tu kelepasan malam... So balik umah tu memang ngantuk la jawabnya...Anak- anak pun turut tertidur petang tu. bangun- bangun jer dah pukul 5. Apalagi kelam kabut lah jadiknya. Nasib baik pakaian semua dah siap dalam beg masing-masing.

     About 10 minit nak pukul 6.30 baru kitorang turun. Tu pun nasib baik jalan tak jem. Thanks to my mom yang hantar kitorang ke stesen. Sesampai je kat stesen tengok- tengok tren dah sampai. Sikit jer lagi nak bergerak. Terus Nik turun kereta sebaik berhenti dan berlari ke tren. Hahahaha dengan perut memboyot tu...Bibik n anak- anak kat belakang la. yang penting sekat tren tu dulu..By the time sampai, tren dah start bergerak. Panik jugak di buatnya. Terus Nik lambai tangan kat petugas stesen bagi isyarat nak naik jugak...dah la depa dok jauh...bagi isyarat tangan je lah kan. Nasib baik relatives penumpang yang lain jerit- jerit jugak kata ada penumpang terakhir ni hah.. Alhamdulillah....rezeki tuhan nak bagi, tren berhenti...terima kasih pada hamba Allah yang tolong angkut beg- beg kami sampai ke tren. 

     Disebabkan panik tadi, so, kitorang naik jer tren tu walau pun bukan koc yang sepatutnya kitorang naik. Asal selamat naik dulu...koc mana nak pergi kemudian kira.. Nak dijadikan cerita, kami naik koc nombor 6. Koc kami sepatutnya nombor 3. So, terpaksalah meredah 3 buah koc untuk sampai ke koc kami. Rupa-rupanya 4 koc termasuk koc kantin. HUHUHU...Rasa nak nangis kejap. Bukan apa, kalo Nik sorang tak kisah. Ni dengan budak- budak kecik... Of course la diorang ada rasa takut especially time nak melintas antara koc dengan tren tengah bergerak laju... 
  
     Tapi Nik kuat semangat supaya diorang tak rasa takut. Alhamdulillah ada sorang anak muda yang sudi tolong angkat a few bags kami. Kalau tak, mahu berulang 2-3 kali dari koc 6 ke koc 3...Nik pun dah rasa pening dah sekejap sebab rasa darah naik ke kepala...ngan tren bergerak lagi...Akhirnya sampai jugak ke koc kami dengan bersusah- payahnya. Terima kasih anak muda kerana sudi tolong. Terima kasih Ya Allah kerana menolong kami.

     Sudahnya, malam tu Nik kepeningan dan kesakitan kepala. Walau dah beli koc berkatil tapi di sebabkan dua-dua anak nak tidur ngan Nik, terpaksalah mummy ni berkorban sedikit untuk keselesaan anak2. Sorang kepala kat sini sorang kepala kat sana. Mummy berteleku di tepi katil je lah...Late at night baru dapat tidur gilir-gilir kongsi bantal dengan anak-anak. Tahu tak selesa especially dengan perut yang dah besar ni tapi sebab ngantuk, tahan je lah. Bibik, dengan selesanya tidur tanpa gangguan. Hahaha...Nasib.

     The next day sampai almost pukul 9.30 pagi kat KL Sentral. Alhamdulillah, daddy dah tunggu sambut anak-anak sebab that day cuti maulidur rasul. Ringan sikit bebannya. Balik rumah, daddy buat sarapan pagi mee goreng....Thanks so much daddy:) We love you lah...Hehehe:):):)

     Itulah pengalaman yang tak dapat di lupakan...Nik abadikan dalam blog ni untuk tatapan di masa akan datang...

No comments:

Post a Comment