Salam uolls...
Update sikit... hehehe time tempoh pantang ni lah rasanya punya banyak sangat masa sampai tak tau nak buat apa. Rutin harian for the past few weeks ni pagi -pagi lagi around 4.30am to 5.00am dah bangun sebab baby merengek lapar. Mata dok pejam tapi suara dah bunyi. Merengek jer. Kalu dah bagi breastfeed but still merengek tak puas lagi maknanya kena salin pampers lah tu. Pampers dah penuh or ada ketulan emas. 😃😃😃😃.Baby Alfi time pepagi ni lah dia buat projek. Hehehe. Dah salin yang bersih, barulah dia lena semula.
During weekdays, around 7.00 to 7.30am, anak perempuan biasanya dah bangun. Abang sulung pun dah sedar tapi tak nak bukak mata lagi. Masing- masing mintak buatkan susu. So mummy bgn buat susulah. Then pujuk abang sulung bgn mandi untuk ke sekolah. Since ader adik baru ni, agak liat sikit dia nak ke sekolah ( Nik hantar ke sekolah PASTI dekat dengan rumah, jalan kaki 5 minit pergi balik 😄😄😄). Sometimes makan pujuk sometimes tak berjaya.
If dia tak ke sekolah, alamat bisinglah kat rumah. Sekejap bergurau dgn adik Anis sekejap bergaduh. Lepas tu baik semula. Budak2 memang macam tu eh. Tak tahan kalau lasak sangat terjun terjun kerusi tu hai... naik jugak suara mummy nih. Or kalau dah gaduh cakar2, tumbuk2 tuh, mahu mummy tak jerit. Haiiih 😬😬😬😬😓😓😓.
Dah settle abang and kakak, giliran adik Alfi pulak mandi. 😆😆😆. Senang jer mandikan Alfi ni tak banyak ragam. 😄😄😄. Tak nangis pun. Lepas tu baru boleh uruskan diri sendiri. Alhamdulillah senang juga ada bibik kat rumah. Banyak membantu especially time suami takder kan.
Then susukan Alfi dan tidurkan. Baby ni bamyak tidur lah. Lama- lama nanti banyak jaga pulak. If abanh ke sekolah tinggallah kakak main sorang2 kat umah. Macam-macam yang dia main. Layan jer lah sambil- sambil mummy minum pagi . Kebetulan awal2 jaei tu ader jugak berurut dan bertungku so biasa tukang urut datang pagi sampai tengahari. Sambil berurut tu sempat jugak jenguk2 dan update blog and bisnes online- fb, instagram, google+, WA.
Tengahari time kakak pulak tidur. Abang balik sekolah. Mummy makan lunch. If tak tidur, kakak akan lunch dengan mummy. Bukan apa... sajer nak bermanja lah tu. Petang mummy akan siapkan blog update dan layan customer order. Time macam ni kena mintak tolong hubby poskan barang. Tak susah pun. Whatsapp kan ader. Hahaha..😄😄😄😍😍😍.
Petang petang ader budak mengaji kat rumah. Abang and kakak join menyibuk je lah. Keluar masuk bilik mummy. Dah penat tu pandai diorang masuk dapur carik bibik untuk mandi dan makan. Dah habis busak mengaji balik, baru giliran adik Alfi pulak mandi. Then mummy. Selalu mummy yang last.
Malam pulak dah settle semua, dok depan tv semua tengok tv. Kalau ader rancangan menarik lama lah kat ruang tamu tu. Kalau tak awal la masuk bilik. Time ni telepon hubby dulu before anak2 masuk tidur. Dah berbual dengan daddy, time to sleep. Biasanya diorang sleep early sebab dah penat main siang hari kan... Mummy pun tidur jugak kalau si kecil tak meragam.
Ok. Bai....😄😄😄
😍😍😍
Xoxo,
@niknaeimah
No comments:
Post a Comment