Friday, 24 January 2014

Sihat..sihat..sihat

Assalamualaikum semua...

     Well, hari ni almost 1 week since Nik balik bercuti dan masuk kerja balik. Wah boleh tahan jugak kesibukan kerja di casualty. Nasib baik tenaga kerja pun ramai, so boleh lah cope dengan bilangan pesakit yang ramai.

     Semalam terbaca satu artikel online lebih kurang mengenai masalah kekurangan katil di wad di beberapa buah hospital terutamanya hospital IT.  Juga masalah salah guna jabatan kecemasan untuk kes-kes yang tidak cemas atau kronik.

     Sebetulnya, di tempat Nik sendiri walau bukan 100% hospital IT tapi masalah kekurangan katil di wad juga adalah masalah yang sudah lama berlaku menyebabkan kelimpahan pesakit di jabatan kecemasan. Masalah ini amat dirasai terutamanya waktu cuti sekolah, waktu perayaan dan sekarang ni waktu hujung minggu atau cuti am yang panjang melibatkan hujung minggu.

     Apa yang Nik nak highlight kan di sini bukanlah masalah fasiliti hospital tapi lebih kepada masalah kesihatan di kalangan masyarakat kita terutamanya di Malaysia. Kenapa makin ramai pesakit datang ke hospital sekarang? Beberapa persoalan timbul di kepala.
1.       Adakah tahap kesihatan masyarakat kita sekarang semakin merosot?
2.       Apakah faktor penggalak kepada masalah kesihatan ini?
3.       Adakah masyarakat tidak cakna dengan masalah kesihatan sendiri sebelum terlambat... dah tahu ada penyakit tapi tak nak usaha mengubati dari awal, atau mungkin juga rasa putus asa untuk jaga kesihatan dengan lebih baik—tak nak makan ubat walau sudah di berikan doktor.
4.       Ataukah mungkin juga kurang pendedahan pendidikan kesihatan kepada masyarakat?
5.       Atau masyarakat terlebih “anxious”?

     Memang amat membimbangkan kerana ianya memberi efek kepada banyak permasalahan lain.
Kebanyakan kes yang datang ke tempat nik  adalah kes- kes serangan jantung, komplikasi kencing manis dan darah tinggi seperti strok, kes- kes kemalangan dan juga serangan asthma.  Ada juga masalah kesihatan yang lain termasuk kes- kes yang  non acute non critical. Ader jugak yang salah guna jabatan kecemasan ni yer... itu memang tak patut la.

     So guys...please do something dalam menjaga kesihatan diri k. Mencegah itu lebih baik dari berubat. Once dah kena penyakit, yang reversible tu oklah, tapi kalau dah kena kencing manis, darah tinggi, serangan jantung tu... memang seksa la nak kena makan ubat selalu. Tak boleh miss. Time demam selsema biasa seminggu pun kita dah tak tahan nak kena makan ubat, inikan pulak nak kena makan seumur hidup. Itu yang ada kadang kala ada pesakit tak ‘compliance’ makan ubat sebab bosan dah asyik makan ubat bercupak-cupak. Selagi boleh elak, kita cuba elakkan. Jangan nanti sengaja cari penyakit kan?

    Cek pemakanan kita. Apa yang kita makan, kuantiti yang di ambil, kesahihan keselamatan makanan pun nak kena ambik tahu jugak. Jangan pakai hentam jer makan especially supplemen itu ini. Ambil yang betul- betul perlu.

     Aktiviti kecergasan. Do something yang mengeluarkan peluh dan membakar tenaga. Bakar lemak- lemak uolls. Tak semestinya nak kena jogging di trek, pergi gym bagai. Sometimes buat kerja-kerja rumah pun adalah salah satu senaman juga. Yang penting jangan over excersice. Tak bagus juga untuk diri. Apa-apa pun orang kata bersederhana.

     Oklah. Nik doakan semua pembaca blog ini sentiasa berada dalam kesihatan yang baik. Doakan Nik juga k.

Love yourself and love others as well :)

Lots of love,
<3<3<3 Nik

Saturday, 18 January 2014

Tren oh Tren

Eh..kenapa pulak dengan tren? Hehehe...

     Alkisahnya Nik plan bercuti ke Kuala Lumpur setelah hampir 2 minggu persekolahan dibuka. Dah rindu sangat ngan hubby yang terpaksa kembali ke KL untuk carik rezeki..Memang terasa sangatlah kan sebab sebulan lebih hubby cuti tiba2 takde dah... Sunyi sepi pulak rasa. Anak- anak pun lebih lagi lah terasa sebab bila cuti, daddy bagi sepenuh perhatian. Mummy pulak kerja macam biasa. Sempat cuti seminggu sahaja untuk jalan- jalan ...Cuti-cuti Malaysia gitu.

     So, lepas 2 minggu, Nik applied cuti seminggu ke KL. Biasanya kitorang naik flight saje sebab cepat, so anak-anak tak lah bosan. Tapi disebabkan Nik dah preggy banyak minggu dah ni....So, terpaksa decide gi ngan tren jer..Terpaksalah anak-anak tahan...

     On that day... tren nye pukul 6.35 dari Pasir Mas... So dah plan at least pukul 6 dah kena turun dari rumah. Nak di jadikan cerita, Nik hari tu kelepasan malam... So balik umah tu memang ngantuk la jawabnya...Anak- anak pun turut tertidur petang tu. bangun- bangun jer dah pukul 5. Apalagi kelam kabut lah jadiknya. Nasib baik pakaian semua dah siap dalam beg masing-masing.

     About 10 minit nak pukul 6.30 baru kitorang turun. Tu pun nasib baik jalan tak jem. Thanks to my mom yang hantar kitorang ke stesen. Sesampai je kat stesen tengok- tengok tren dah sampai. Sikit jer lagi nak bergerak. Terus Nik turun kereta sebaik berhenti dan berlari ke tren. Hahahaha dengan perut memboyot tu...Bibik n anak- anak kat belakang la. yang penting sekat tren tu dulu..By the time sampai, tren dah start bergerak. Panik jugak di buatnya. Terus Nik lambai tangan kat petugas stesen bagi isyarat nak naik jugak...dah la depa dok jauh...bagi isyarat tangan je lah kan. Nasib baik relatives penumpang yang lain jerit- jerit jugak kata ada penumpang terakhir ni hah.. Alhamdulillah....rezeki tuhan nak bagi, tren berhenti...terima kasih pada hamba Allah yang tolong angkut beg- beg kami sampai ke tren. 

     Disebabkan panik tadi, so, kitorang naik jer tren tu walau pun bukan koc yang sepatutnya kitorang naik. Asal selamat naik dulu...koc mana nak pergi kemudian kira.. Nak dijadikan cerita, kami naik koc nombor 6. Koc kami sepatutnya nombor 3. So, terpaksalah meredah 3 buah koc untuk sampai ke koc kami. Rupa-rupanya 4 koc termasuk koc kantin. HUHUHU...Rasa nak nangis kejap. Bukan apa, kalo Nik sorang tak kisah. Ni dengan budak- budak kecik... Of course la diorang ada rasa takut especially time nak melintas antara koc dengan tren tengah bergerak laju... 
  
     Tapi Nik kuat semangat supaya diorang tak rasa takut. Alhamdulillah ada sorang anak muda yang sudi tolong angkat a few bags kami. Kalau tak, mahu berulang 2-3 kali dari koc 6 ke koc 3...Nik pun dah rasa pening dah sekejap sebab rasa darah naik ke kepala...ngan tren bergerak lagi...Akhirnya sampai jugak ke koc kami dengan bersusah- payahnya. Terima kasih anak muda kerana sudi tolong. Terima kasih Ya Allah kerana menolong kami.

     Sudahnya, malam tu Nik kepeningan dan kesakitan kepala. Walau dah beli koc berkatil tapi di sebabkan dua-dua anak nak tidur ngan Nik, terpaksalah mummy ni berkorban sedikit untuk keselesaan anak2. Sorang kepala kat sini sorang kepala kat sana. Mummy berteleku di tepi katil je lah...Late at night baru dapat tidur gilir-gilir kongsi bantal dengan anak-anak. Tahu tak selesa especially dengan perut yang dah besar ni tapi sebab ngantuk, tahan je lah. Bibik, dengan selesanya tidur tanpa gangguan. Hahaha...Nasib.

     The next day sampai almost pukul 9.30 pagi kat KL Sentral. Alhamdulillah, daddy dah tunggu sambut anak-anak sebab that day cuti maulidur rasul. Ringan sikit bebannya. Balik rumah, daddy buat sarapan pagi mee goreng....Thanks so much daddy:) We love you lah...Hehehe:):):)

     Itulah pengalaman yang tak dapat di lupakan...Nik abadikan dalam blog ni untuk tatapan di masa akan datang...

Friday, 17 January 2014

Happy New Year 2014

Assalamualaikum dear readers... 

Rasanya masih belum terlewat untuk Nik ucapkan Selamat Tahun Baru 2014 untuk semua pembaca sekalian. Diam tak diam, pejam celik pejam celik sekejap sahaja kita dah pun berada di pertengahan bulan Januari. Betapa cepatnya masa berlalu meninggalkan kita tanpa kita sedari.

 Macamana perancangan kita di tahun baru ni?Ada tulis kat diari ke kat whiteboard ke? Kerana apa yang kita tulis tu biasanya kita akan lebih fokus. Dah start buat ke apa yang perlu kita buat?Agak- agak, apa yang dah kita buat dan kita capai setakat ni? Hopefully, kita akan lebih bersemangat di tahun baru ni. 

Nik pun baru saja dapat semangat bila jumpa dengan mentor dan leader. Sebelum ni rasa macam biasa jer tahun baru ni. Takder yang spesel pun..katanya:P

Tapi bila dah jumpa leader merangkap sahabat seperjuangan nih... banyak nasihat berguna yang di serap. Membuatkan Nik bersemangat untuk live life to the fullest...Terima kasih mentor kerana menaruh keyakinan padaku.

Nik doakan semuanya akan berjalan dengan lancar di tahun 2014 ni.:) Nik dokan juga semua perancangan readers berjalan lancar. 

HAPPY NEW YEAR FRIENDS!!!