Assalamualaikum,
.
Hai olls... pekabar? Lama ek tak blogging dalam ni.. Kalo di ikutkan banyak jer perkara or peristiwa yang berlaku tapi tak punya kepandaian untuk write up bagi sedap baca sikit. Hehehhe...
.
So, baru-baru ni mummy Nina have family outing with birthday girl daughter n son. We were just having fun outing together.
.
Sebenarnya dah lama berangan2 nak bawak doter jln2 sempena her birthday. Angan2 nak fly berdua saja ke KL for 1 day trip tp sudah tentu son pun nak ikut. So, end up hanya keluar ke Kota Bharu saja.
.
Fitst place yang weolls pergi ialah having lunch di hotel perdana. Saja je ke sana sbb tak pernah lagi try makan kat situ for lunch ( belanja sendiri, selalu makan time ada talk). So, sampai je kat situ, rupanya hidangan ala carte sahaja yang available kat cafe situ. Jadi staff disitu dengan baik hatinya mencadangkan restoren satu lagi ( chinese restaraunt) di sebelahnya. Di sini,express lunch di sediakan(makan berhidang). Masakannya not bad dan harganya sangat berpatutan. If u are happened to be in Kota Bharu in group, i suggest you give it a try. Kenyang sesangat.
.
After that we went to KB mall to buy a cake. Dah alang2 ada Baskin Robbins kat KB nih, nak le try ice cream cake nya yang famous itu. Harga boleh tahan gak. Nasib le mummy tak pandai nak buat kek lagi. 😅😅😅.
.
After that balik rumah, prepare untuk sedikit jamuan ringan for my children's friends. Tak besar pun hanya 4-5 orang anak2 jiran yang selalu diorang main skali.. Tapi yang penting diorang happy. 😍😍😍.
.
Lets see their happy faces 😉😉😉.
Nina Wariz Excellence
all about my biz world
Friday, 20 February 2015
Happy Day with Birthday Girl
Thursday, 15 January 2015
Banjir Besar di Kelantan
Assalamualaikum semua... Apa khabar ye ? Nina harap semuanya sihat- sihat belaka. Nina alhamdulillah walau batuk-batuk sedikit tapi masih lagi boleh bekerja seperti biasa. Selagi boleh bangun dan memandu... kita teruskan. Sebetulnya Nina akan lebih produktif di tempat kerja berbanding di rumah.
Well, dalam post yang lalu Nina janji nak ceritakan pasal banjir besar di Kelantan baru-baru ini. Sekitar minggu- minggu akhir di tahun 2014, Nina perasan di dada- dada akhbar mengungkapkan sejarah tsunami di Acheh dan kesannya ke seluruh dunia. dan sempena memperingati 10 tahun peristiwa tsunami. Tak sangka pula kita di Malaysia ni di landa banjir besar yang melibatkan beberapa buah negeri. Cuma Nina merasakan banjir besar kali ini adalah sangat luar biasa di Kelantan.
Bermula dengan banjir di kawasan hulu Kelantan, Gua musang, seterusnya naik ke Kuala Krai, Tanah Merah, Pasir Mas dan Kota Bharu juga daerah Tumpat. Semuanya sangat luar biasa kerana kawasan tinggi yang tidak pernah di naiki air juga mengalami banjir. Allahu akbar. Maha BESAR ALLAH dan Maha KUASA Allah yang mengkehendaki segala sesuatu.
Pengalaman Nina sendiri... bermula 24hb Disember, air telah mula membanjiri kawasan rumah mertua di Tanah Merah. Keluarga mertua terpaksa berpindah ke pusat pemindahan yg terdekat kerana air sungai naik terlalu deras dan cepat. tak dapat nak selamatkan barang2. hanya sehelai sepinggang dan dokumen penting yang di bawa. Sehingga malam... kami mendapat berita air naik sampai ke syiling rumah.. maknanya habislah tenggelam segala-galanya.
Pagi 25hb, suami mengambil keputusan untuk melawat keluarga di pusat pemindahan, malangnya perjalanan terbantut kerana jalan raya telah dinaiki air sungai Kelantan yang melimpah menyeberangi jalan sedalam paras paha orang dewasa di beberapa buah tempat dan berarus deras. hanya kenderaan berat sahaja boleh melaluinya. tetapi ada juga yang berdegil mengharung air dengan motosikal sahaja. Jawabnya, motor hanyut di bawa arus. Nasib baik orangnya dapat di selamatkan.
Dan tengahari tu air juga telah mula naik di kampung Nina. Tetapi hati mengatakan tidak akan banjir besar di situ. (Aduh... tak terpikir ker tempat lain banjir luar biasa , kemungkinan luar biasa juga di tempat sendiri). By tengahari, elektrik terputus dan line telefon juga tidak dapat lagi. Petang tu air dah melimpah masuk bahagian dapur. Nina tengok dengan mata kepala Nina air masuk ke dalam rumah dengan cepat. dalam masa 15 minit dah paras betis. Tawakkal sahaja. Mujur sempat selamatkan barang- barang penting. Oleh kerana Nina ada anak2 kecil, jadi waktu maghrib tu jugak terpaksa pindah ke rumah kakak yang agak tinggi sedikit kedudukannya. waktu tu meredah banjir separas paha. Rakit pun takde.Guna basikal je untuk angkut beg semua. Separuh jalan menaiki kereta kat tempat kawasan yang belum di naiki air... owh... berat rasa kaki. sejuk lagi. mujur suami ada di sisi sewaktu banjir tu. By tengah malam, semua family member yang ada berkumpul kat rumah kakak.
Alkisahnya, kereta2 kami semua letak di porch rumah kakak kerana kami merasakan kawasan rumahnya insyaAllah takkan di naiki air. Jika naik pun hanyalah cetek. namun kuasa dan takdir Allah Taala, air juga melimpahi kawasan rumah kakak sehingga paras lutut kesokan harinya dan naik lagi sampai paras paha pada malam hari keesokannya. Kat luar pagar dah paras pinggang. Dengan itu air banjir berjaya juga memasuki kereta- kereta kami. HUHUHU... sedih. Tapi terpaksa lah menerimanya dengan berlapang dada.
Sempat juga Nina balik menjenguk rumah dengan mengharung banjir..oooooiiiiii yoooo.... dalam woooo... takat tengkuk tau tak... nasib baik arus tak deras. dan rumah Nina pun sempat jugak la banjir sampai ke atas rumah membawa lumpur2 yang tebal. Dengan itu, jenuh jugaklah kitorang membersihkan rumah selepas banjir surut. Dan Nina pun sebenarnya tak dapat keluar bertugas yang sepatutnya bekerja pada hari pertama banjir tu. Seminggu juga Nina terpaksa menumpang di rumah kakak.
Serasa diri kita di uji dengan dugaan yang besar, tetapi rupanya ada lagi mereka yang lebih besar ujiannya. Jadi, berlapang dada sahaja dengan ujian ini. Allah nak ambik sesuatu dari kita kerana Dia nak bagi yang lebih baik lagi.
DAN Urusan selepas banjir sangatlah banyak untuk di selesaikan terutamanya kereta kesayanganku. ( which is sampai hari ni masih belum settle lagi)...Doakan semunya dipermudahkan ya :)
Wednesday, 14 January 2015
Selamat Tahun Baru 2015
Alhamdulillah....Syukur pada Allah kerana masih dikurniakan umur yang panjang buat ku menghadapi tahun baru. Pejam celik, pejam celik rupanya dah pun 2 minggu kita di tahun baru. Allahu... cepat sungguh masa berlalu. Serasa masih baru lagi.
Walaubagaimanapun... Nina hari tu tak sempat nak feel sangat malam tahun baru sebab terlibat banjir. InsyaAllah next posting Nina akan ceritakan pasal Banjir Besar di Kelantan.
Di kesempatan ini, Nina nak ucapkan selamat tahun baru buat semua walau di mana jua anda berada.😍😍😍.
Have a nice year ahead and happy always!
Lots of love,
NINAWARIZ
Walaubagaimanapun... Nina hari tu tak sempat nak feel sangat malam tahun baru sebab terlibat banjir. InsyaAllah next posting Nina akan ceritakan pasal Banjir Besar di Kelantan.
Di kesempatan ini, Nina nak ucapkan selamat tahun baru buat semua walau di mana jua anda berada.😍😍😍.
Have a nice year ahead and happy always!
Lots of love,
NINAWARIZ
Thursday, 15 May 2014
Kuala Lumpur... Kami Datang
Assalamualaikum semua...
Alhamdulillah, kami telah selamat sampai KL Ahad baru- baru ni. Plan asalnya nak berangkat before subuh lagi tapi dek kerana kepenatan sangat, ( the night before keluar jalan-jalan ke Tesco sambil beli a few things) lebih kurang 10.30 pg jugak kami bertolak dari Pasir Mas. Kami singgah sekejap di rumah mertua di Tanah Merah sebelum meneruskan perjalanan. Alhamdulillah our journey was going smoothly. Just berhenti solat dan makan serta rehat sekejap di beberapa hentian.
Seperti biasa, time naik kereta mesti berebut dua orang anak yang tua nak duduk depan sebelah daddy. Dan biasanya, si abang lah yang menang. Sometimes gaduh jer budak-budak bertuah tu. Bising satu kereta. Adik Alfi pulak, Alhamdulillah tak banyak ragam sepanjang dalam perjalanan. Tidur sahaja. Cuma menjelang malam tu tetiba nangis sekejap- sekejap. Rupa-rupanya colic pain. Perut dah masuk angin daaa. Once dah sapu minyak and barutkan perut dia dan tidurkan dia dalam posisi telungkup atas riba, barulah berenti menangis and tidur semula.
Actually around 7 pm tuh kitorang dah sampai KL but unfortunately daddy tertinggal kunci rumah dalam kereta masa balik dengan flight hujung minggu tu, so kitorang terpaksa la ke subang airport dulu ambik kunci. Pukul 9 pm jugak lah kitorang sampai ke rumah. Dah angkut barang semua, dan kemas sikit apa yang patut, pukul 12 tgh malam baru boleh beradu.
Sedar tak sedar dah masuk hari ke 3 kat KL ni. Tapi nampaknya anak perempuan dah mula rasa bosan. Dah mula ajak mummynya ni balik rumah Siti (panggilan untuk nenek belah ibu). Mana taknya since datang ni rasanya baru sekali kot keluar rumah. selebihnya terperap kat dalam umah main-main dengan permainan sedia ada kat rumah daddy ni. Daddy kerja, petang baru balik dan kebetulan semalam terpaksa keluar lagi untuk jumpa kawan lama, so tak dapatlah nak bawak anak-anak jalan-jalan. Mummy pun sebenarnya, masih belum sihat sepenuhnya lagi untuk keluar jenjalan hari- hari. Today baru day 44 post delivery kan. Hahaha....kalu asyik keluar jer, habis melayang selera mummy. semua benda nak makan. Takdenyer nak kontrol dah. terliur segala benda. First 2 weeks ni rasanya tak leh nak diet sangat. But I do try to reduce carbo intake and increase my protein intake instead. And tak lupa pakai Premium Beautiful bodyshaper.:)))
Ok. Till next time... will update more.
Xoxo,
@niknaeimah
012-9510280
* Yang berminat nak tahu pasal peluang bisnes bersama GLAM, boleh hubungi Nik ok.:)
Sunday, 11 May 2014
A Favour Please 😀
Assalamualaikum and hi dear readers..
Could you please do me a favour? Please do click a 'LIKE' button on my pages,
www.facebook.com/pbdrnikna and www.facebook.com/wannniknascollections.
Your kindness are most appreciated.
Saturday, 26 April 2014
Thursday, 24 April 2014
Aktif ke aktiviti???😄😄😄
Salam uolls...
Update sikit... hehehe time tempoh pantang ni lah rasanya punya banyak sangat masa sampai tak tau nak buat apa. Rutin harian for the past few weeks ni pagi -pagi lagi around 4.30am to 5.00am dah bangun sebab baby merengek lapar. Mata dok pejam tapi suara dah bunyi. Merengek jer. Kalu dah bagi breastfeed but still merengek tak puas lagi maknanya kena salin pampers lah tu. Pampers dah penuh or ada ketulan emas. 😃😃😃😃.Baby Alfi time pepagi ni lah dia buat projek. Hehehe. Dah salin yang bersih, barulah dia lena semula.
During weekdays, around 7.00 to 7.30am, anak perempuan biasanya dah bangun. Abang sulung pun dah sedar tapi tak nak bukak mata lagi. Masing- masing mintak buatkan susu. So mummy bgn buat susulah. Then pujuk abang sulung bgn mandi untuk ke sekolah. Since ader adik baru ni, agak liat sikit dia nak ke sekolah ( Nik hantar ke sekolah PASTI dekat dengan rumah, jalan kaki 5 minit pergi balik 😄😄😄). Sometimes makan pujuk sometimes tak berjaya.
If dia tak ke sekolah, alamat bisinglah kat rumah. Sekejap bergurau dgn adik Anis sekejap bergaduh. Lepas tu baik semula. Budak2 memang macam tu eh. Tak tahan kalau lasak sangat terjun terjun kerusi tu hai... naik jugak suara mummy nih. Or kalau dah gaduh cakar2, tumbuk2 tuh, mahu mummy tak jerit. Haiiih 😬😬😬😬😓😓😓.
Dah settle abang and kakak, giliran adik Alfi pulak mandi. 😆😆😆. Senang jer mandikan Alfi ni tak banyak ragam. 😄😄😄. Tak nangis pun. Lepas tu baru boleh uruskan diri sendiri. Alhamdulillah senang juga ada bibik kat rumah. Banyak membantu especially time suami takder kan.
Then susukan Alfi dan tidurkan. Baby ni bamyak tidur lah. Lama- lama nanti banyak jaga pulak. If abanh ke sekolah tinggallah kakak main sorang2 kat umah. Macam-macam yang dia main. Layan jer lah sambil- sambil mummy minum pagi . Kebetulan awal2 jaei tu ader jugak berurut dan bertungku so biasa tukang urut datang pagi sampai tengahari. Sambil berurut tu sempat jugak jenguk2 dan update blog and bisnes online- fb, instagram, google+, WA.
Tengahari time kakak pulak tidur. Abang balik sekolah. Mummy makan lunch. If tak tidur, kakak akan lunch dengan mummy. Bukan apa... sajer nak bermanja lah tu. Petang mummy akan siapkan blog update dan layan customer order. Time macam ni kena mintak tolong hubby poskan barang. Tak susah pun. Whatsapp kan ader. Hahaha..😄😄😄😍😍😍.
Petang petang ader budak mengaji kat rumah. Abang and kakak join menyibuk je lah. Keluar masuk bilik mummy. Dah penat tu pandai diorang masuk dapur carik bibik untuk mandi dan makan. Dah habis busak mengaji balik, baru giliran adik Alfi pulak mandi. Then mummy. Selalu mummy yang last.
Malam pulak dah settle semua, dok depan tv semua tengok tv. Kalau ader rancangan menarik lama lah kat ruang tamu tu. Kalau tak awal la masuk bilik. Time ni telepon hubby dulu before anak2 masuk tidur. Dah berbual dengan daddy, time to sleep. Biasanya diorang sleep early sebab dah penat main siang hari kan... Mummy pun tidur jugak kalau si kecil tak meragam.
Ok. Bai....😄😄😄
😍😍😍
Xoxo,
@niknaeimah
Subscribe to:
Comments (Atom)


