Thursday, 15 May 2014

Kuala Lumpur... Kami Datang

Assalamualaikum semua... 
Alhamdulillah, kami telah selamat sampai KL Ahad baru- baru ni. Plan asalnya nak berangkat before subuh lagi tapi dek kerana kepenatan sangat, ( the night before keluar jalan-jalan ke Tesco sambil beli a few things) lebih kurang 10.30 pg jugak kami bertolak dari Pasir Mas. Kami singgah sekejap di rumah mertua di Tanah Merah sebelum meneruskan perjalanan. Alhamdulillah our journey was going smoothly. Just berhenti solat dan makan serta rehat sekejap di beberapa hentian. 
Seperti biasa, time naik kereta mesti berebut dua orang anak yang tua nak duduk depan sebelah daddy. Dan biasanya, si abang lah yang menang. Sometimes gaduh jer budak-budak bertuah tu. Bising satu kereta. Adik Alfi pulak, Alhamdulillah tak banyak ragam sepanjang dalam perjalanan. Tidur sahaja. Cuma menjelang malam tu tetiba nangis sekejap- sekejap. Rupa-rupanya colic pain. Perut dah masuk angin daaa. Once dah sapu minyak and barutkan perut dia dan tidurkan dia dalam posisi telungkup atas riba, barulah berenti menangis and tidur semula.
Actually around 7 pm tuh kitorang dah sampai KL but unfortunately daddy tertinggal kunci rumah dalam kereta masa balik dengan flight hujung minggu tu, so kitorang terpaksa la ke subang airport dulu ambik kunci. Pukul 9 pm jugak lah kitorang sampai ke rumah. Dah angkut barang semua, dan kemas sikit apa yang patut, pukul 12 tgh malam baru boleh beradu.
Sedar tak sedar dah masuk hari ke 3 kat KL ni. Tapi nampaknya anak perempuan dah mula rasa bosan. Dah mula ajak mummynya ni balik rumah Siti (panggilan untuk nenek belah ibu). Mana taknya since datang ni rasanya baru sekali kot keluar rumah. selebihnya terperap kat dalam umah main-main dengan permainan sedia ada kat rumah daddy ni. Daddy kerja, petang baru balik dan kebetulan semalam terpaksa keluar lagi untuk jumpa kawan lama, so tak dapatlah nak bawak anak-anak jalan-jalan. Mummy pun sebenarnya, masih belum sihat sepenuhnya lagi untuk keluar jenjalan hari- hari. Today baru day 44 post delivery kan. Hahaha....kalu asyik keluar jer, habis melayang selera mummy. semua benda nak makan. Takdenyer nak kontrol dah. terliur segala benda. First 2 weeks ni rasanya tak leh nak diet sangat. But I do try to reduce carbo intake and increase my protein intake instead. And tak lupa pakai Premium Beautiful bodyshaper.:)))
Ok. Till next time... will update more.

Xoxo,
@niknaeimah
012-9510280


* Yang berminat nak tahu pasal peluang bisnes bersama GLAM, boleh hubungi Nik ok.:)

No comments:

Post a Comment