Friday, 20 February 2015

Happy Day with Birthday Girl

Assalamualaikum,
.
Hai olls... pekabar? Lama ek tak blogging dalam ni.. Kalo di ikutkan banyak jer perkara or peristiwa yang berlaku tapi tak punya kepandaian untuk write up bagi sedap baca sikit. Hehehhe...
.
So, baru-baru ni mummy Nina have family outing with birthday girl daughter n son. We were just having fun outing together.
.
Sebenarnya dah lama berangan2 nak bawak doter jln2 sempena her birthday. Angan2 nak fly berdua saja ke KL for 1 day trip tp sudah tentu son pun nak ikut. So, end up hanya keluar ke Kota Bharu saja.
.
Fitst place yang weolls pergi ialah having lunch di hotel perdana. Saja je ke sana sbb tak pernah lagi try makan kat situ for lunch ( belanja sendiri, selalu makan time ada talk). So, sampai je kat situ, rupanya hidangan ala carte sahaja yang available kat cafe situ.  Jadi staff disitu dengan baik hatinya mencadangkan restoren satu lagi ( chinese restaraunt) di sebelahnya. Di sini,express lunch di sediakan(makan berhidang). Masakannya not bad dan harganya sangat berpatutan. If u are happened to be in Kota Bharu in group, i suggest you give it a try. Kenyang sesangat.
.
After that we went to KB mall to buy a cake. Dah alang2 ada Baskin Robbins kat KB nih, nak le try ice cream cake nya yang famous itu. Harga boleh tahan gak. Nasib le mummy tak pandai nak buat kek lagi. 😅😅😅.
.
After that balik rumah, prepare untuk sedikit jamuan ringan for my children's friends. Tak besar pun hanya 4-5 orang anak2 jiran yang selalu diorang main skali.. Tapi yang penting diorang happy. 😍😍😍.
.
Lets see their happy faces 😉😉😉.

Thursday, 15 January 2015

Banjir Besar di Kelantan

Assalamualaikum semua... Apa khabar ye ? Nina harap semuanya sihat- sihat belaka. Nina alhamdulillah walau batuk-batuk sedikit tapi masih lagi boleh bekerja seperti biasa. Selagi boleh bangun dan memandu... kita teruskan. Sebetulnya Nina akan lebih produktif di tempat kerja berbanding di rumah.

Well, dalam post yang lalu Nina janji nak ceritakan pasal banjir besar di Kelantan baru-baru ini. Sekitar minggu- minggu akhir di tahun 2014, Nina perasan di dada- dada akhbar mengungkapkan sejarah tsunami di Acheh dan kesannya ke seluruh dunia. dan sempena memperingati 10 tahun peristiwa tsunami. Tak sangka pula kita di Malaysia ni di landa banjir besar yang melibatkan beberapa buah negeri. Cuma Nina merasakan banjir besar kali ini adalah sangat luar biasa di Kelantan. 

Bermula dengan banjir di kawasan hulu Kelantan, Gua musang, seterusnya naik ke Kuala Krai, Tanah Merah, Pasir Mas dan Kota Bharu juga daerah Tumpat. Semuanya sangat luar biasa kerana kawasan tinggi yang tidak pernah di naiki air juga mengalami banjir. Allahu akbar. Maha BESAR ALLAH dan Maha KUASA Allah yang mengkehendaki segala sesuatu.

Pengalaman Nina sendiri... bermula 24hb Disember, air telah mula membanjiri kawasan rumah mertua di Tanah Merah. Keluarga mertua terpaksa berpindah ke pusat pemindahan yg terdekat kerana air sungai naik terlalu deras dan cepat. tak dapat nak selamatkan barang2. hanya sehelai sepinggang dan dokumen penting yang di bawa. Sehingga malam... kami mendapat berita air naik sampai ke syiling rumah.. maknanya habislah tenggelam segala-galanya. 

Pagi 25hb, suami mengambil keputusan untuk melawat keluarga di pusat pemindahan, malangnya perjalanan terbantut kerana jalan raya telah dinaiki air sungai Kelantan yang melimpah menyeberangi jalan sedalam paras paha orang dewasa di beberapa buah tempat dan berarus deras. hanya kenderaan berat sahaja boleh melaluinya. tetapi ada juga yang berdegil mengharung air dengan motosikal sahaja. Jawabnya, motor hanyut di bawa arus. Nasib baik orangnya dapat di selamatkan.

Dan tengahari tu air juga telah mula naik di kampung Nina. Tetapi hati mengatakan tidak akan banjir besar di situ. (Aduh... tak terpikir ker tempat lain banjir luar biasa , kemungkinan luar biasa juga di tempat sendiri). By tengahari, elektrik terputus dan line telefon juga tidak dapat lagi. Petang tu air dah melimpah masuk bahagian dapur. Nina tengok dengan mata kepala Nina air masuk ke dalam rumah dengan cepat. dalam masa 15 minit dah paras betis. Tawakkal sahaja. Mujur sempat selamatkan barang- barang penting. Oleh kerana Nina ada anak2 kecil, jadi waktu maghrib tu jugak terpaksa pindah ke rumah kakak yang agak tinggi sedikit kedudukannya. waktu tu meredah banjir separas paha. Rakit pun takde.Guna basikal je untuk angkut beg semua. Separuh jalan menaiki kereta kat tempat kawasan yang belum di naiki air... owh... berat rasa kaki. sejuk lagi. mujur suami ada di sisi sewaktu banjir tu. By tengah malam, semua family member yang ada berkumpul kat rumah kakak.

Alkisahnya, kereta2 kami semua letak di porch rumah kakak kerana kami merasakan kawasan rumahnya insyaAllah takkan di naiki air. Jika naik pun hanyalah cetek. namun kuasa dan takdir Allah Taala, air juga melimpahi kawasan rumah kakak sehingga paras lutut kesokan harinya dan naik lagi sampai paras paha pada malam hari keesokannya. Kat luar pagar dah paras pinggang. Dengan itu air banjir berjaya juga memasuki kereta- kereta kami. HUHUHU... sedih. Tapi terpaksa lah menerimanya dengan berlapang dada.

Sempat juga Nina balik menjenguk rumah dengan mengharung banjir..oooooiiiiii yoooo.... dalam woooo... takat tengkuk tau tak... nasib baik arus tak deras. dan rumah Nina pun sempat jugak la banjir sampai ke atas rumah membawa lumpur2 yang tebal. Dengan itu, jenuh jugaklah kitorang membersihkan rumah selepas banjir surut. Dan Nina pun sebenarnya tak dapat keluar bertugas yang sepatutnya bekerja pada hari pertama banjir tu. Seminggu juga Nina terpaksa menumpang di rumah kakak. 

Serasa diri kita di uji dengan dugaan yang besar, tetapi rupanya ada lagi mereka yang lebih besar ujiannya. Jadi, berlapang dada sahaja dengan ujian ini. Allah nak ambik sesuatu dari kita kerana Dia nak bagi yang lebih baik lagi.

DAN Urusan selepas banjir sangatlah banyak untuk di selesaikan terutamanya kereta kesayanganku. ( which is sampai hari ni masih belum settle lagi)...Doakan semunya dipermudahkan ya :)

Wednesday, 14 January 2015

Selamat Tahun Baru 2015

Alhamdulillah....Syukur pada Allah kerana masih dikurniakan umur yang panjang buat ku menghadapi tahun baru. Pejam celik, pejam celik rupanya dah pun 2 minggu kita di tahun baru. Allahu... cepat sungguh masa berlalu. Serasa masih baru lagi.

Walaubagaimanapun... Nina hari tu tak sempat nak feel sangat malam tahun baru sebab terlibat banjir. InsyaAllah next posting Nina akan ceritakan pasal Banjir Besar di Kelantan.

Di kesempatan ini, Nina nak ucapkan selamat tahun baru buat semua walau di mana jua anda berada.😍😍😍.
Have a nice year ahead and happy always!

Lots of love,

NINAWARIZ