Assalamualaikum semua...
Well, hari ni almost 1 week since Nik balik bercuti dan
masuk kerja balik. Wah boleh tahan jugak kesibukan kerja di casualty. Nasib
baik tenaga kerja pun ramai, so boleh lah cope dengan bilangan pesakit yang ramai.
Semalam terbaca satu artikel online lebih kurang mengenai
masalah kekurangan katil di wad di beberapa buah hospital terutamanya hospital
IT. Juga masalah salah guna jabatan
kecemasan untuk kes-kes yang tidak cemas atau kronik.
Sebetulnya, di tempat Nik sendiri walau bukan 100% hospital
IT tapi masalah kekurangan katil di wad juga adalah masalah yang sudah lama
berlaku menyebabkan kelimpahan pesakit di jabatan kecemasan. Masalah ini amat
dirasai terutamanya waktu cuti sekolah, waktu perayaan dan sekarang ni waktu
hujung minggu atau cuti am yang panjang melibatkan hujung minggu.
Apa yang Nik nak highlight kan di sini bukanlah masalah
fasiliti hospital tapi lebih kepada masalah kesihatan di kalangan masyarakat
kita terutamanya di Malaysia. Kenapa makin ramai pesakit datang ke hospital
sekarang? Beberapa persoalan timbul di kepala.
1.
Adakah tahap kesihatan masyarakat kita sekarang
semakin merosot?
2.
Apakah faktor penggalak kepada masalah kesihatan
ini?
3.
Adakah masyarakat tidak cakna dengan masalah
kesihatan sendiri sebelum terlambat... dah tahu ada penyakit tapi tak nak usaha
mengubati dari awal, atau mungkin juga rasa putus asa untuk jaga kesihatan
dengan lebih baik—tak nak makan ubat walau sudah di berikan doktor.
4.
Ataukah mungkin juga kurang pendedahan
pendidikan kesihatan kepada masyarakat?
5.
Atau masyarakat terlebih “anxious”?
Memang amat membimbangkan kerana ianya memberi efek kepada
banyak permasalahan lain.
Kebanyakan kes yang datang ke tempat nik adalah kes- kes serangan jantung, komplikasi
kencing manis dan darah tinggi seperti strok, kes- kes kemalangan dan juga serangan
asthma. Ada juga masalah kesihatan yang
lain termasuk kes- kes yang non acute
non critical. Ader jugak yang salah guna jabatan kecemasan ni yer... itu memang
tak patut la.
So guys...please do something dalam menjaga kesihatan diri
k. Mencegah itu lebih baik dari berubat. Once dah kena penyakit, yang
reversible tu oklah, tapi kalau dah kena kencing manis, darah tinggi, serangan
jantung tu... memang seksa la nak kena makan ubat selalu. Tak boleh miss. Time demam
selsema biasa seminggu pun kita dah tak tahan nak kena makan ubat, inikan pulak
nak kena makan seumur hidup. Itu yang ada kadang kala ada pesakit tak ‘compliance’
makan ubat sebab bosan dah asyik makan ubat bercupak-cupak. Selagi boleh elak,
kita cuba elakkan. Jangan nanti sengaja cari penyakit kan?
Cek pemakanan kita. Apa yang kita makan, kuantiti yang di
ambil, kesahihan keselamatan makanan pun nak kena ambik tahu jugak. Jangan pakai
hentam jer makan especially supplemen itu ini. Ambil yang betul- betul perlu.
Aktiviti kecergasan. Do something yang mengeluarkan peluh
dan membakar tenaga. Bakar lemak- lemak uolls. Tak semestinya nak kena jogging
di trek, pergi gym bagai. Sometimes buat kerja-kerja rumah pun adalah salah
satu senaman juga. Yang penting jangan over excersice. Tak bagus juga untuk
diri. Apa-apa pun orang kata bersederhana.
Oklah. Nik doakan semua pembaca blog ini sentiasa berada
dalam kesihatan yang baik. Doakan Nik juga k.
Love yourself and love others as well :)
Lots of love,
<3<3<3 Nik
No comments:
Post a Comment