Thursday, 18 July 2013

Seminggu Berpuasa

Assalamualaikum and good morning peeps!

How are you guys? Sedar tak sedar dah seminggu ummat Islam di Malaysia ni berpuasa Ramadhan. Terlalu cepat rasanya masa berlalu. Belum banyak lagi amalan kebajikan yang telah dilakukan di bulan yang mulia ini.

 Ya Allah, janganlah Engkmau jadikan kami golongan orang- orang yang rugi.
Alhamdulillah, Nik masih belum tinggal puasa lagi kerana uzur syar'ei. Hopefully tahun ni penuh seperti tahun lepas. Jadi tak perlu nak ganti puasa. Ngee...:)

Alhamdulillah, setakat bulan puasa ni, selalu Nik dapat giliran syif pagi. Baru sekali syif petang, dan tomorrow baru syif malam. So, kiranya most of the time sempat berbuka di rumah. And setakat ini bersahur di rumah.

Masa first day puasa, tak sempat sahur kerana semua tak sedar. Kunci jam pun tak dengar. Mungkin kerana the day before, I was working pm shift. So, sudah penat and tidur pun sudah lewat. Jadinya tak tersedar. Walhal, my mom already prepared the dishes for sahur the next morning. Nasib baik malam tuh  dah niat puasa ramadhan siap-siap :)
Dan hari itu berpuasalah kitorang tanpa sahur. 

Walaubagaimanapun, Alhamdulillah, tak rasa penat. Mungkin semangat puasa Ramadhan itu lagi kuat dan kebetulan pula hari pertama puasa tuh Nik dapat cuti.  Petang tu, sempat la jugak hantar toto (orang Kelantan panggil pelapik tilam yang tebal tu toto) ke dobi dan ambil yang telah siap di dobi. 

On the way back tu sempat singgah jap pasaraya kat hometown untuk beli a few groceries. Takdelah penting sangat pun tapi sebab anak lelaki beria-ia nak gi pasaraya nak beli vitagen (his 'feveret' drinks). Tapi biasalah kalau dah sendiri pilih tu, bukan setakat vitagen yang di ambil, calciyum dan honeystars pun dia ambik.

Actually, Nik tak perasan langsung dia ambik cereal tu dan membayar hasil karaian tanpa rasa sangsi. Dah sampai rumah dan nak kemas groceries tu baru perasan ader kotak cereal yang besar. Oittt!!! Camner boleh ader kat dalam plastik ni? Bila masa anak ambik? Ooohhhh!!! Denggg!! Hahahaha....tergelak besar Nik dibuatnya. Tak tahu apa yang Nik dok pikir masa bayar tu sampai tak sedar ader cereal. Hantam sajalah labuuuu...
Muka Anas ceria jer...Gelak sama tanpa rasa bersalah. hahaha:))

 Time berbuka pulak, anak-anak pun nak berbuka sama. Terpaksalah layan juga karenah anak-anak kecik ni... Dan malamnye, Nik hanya solat di rumah sahaja sambil jaga anak. Start lepas berbuka dah tak nak duduk ngan bibik, menangis nak ikut masuk bilik. Nasib baiklah tak nangis bila kita masuk bilik air. (Selalunya anak yang paling kecil tu akan menangis. Tapi mungkin sekarang dah besar sikit, dia dok main ngan abang saja. Kengkadang kena pujuk juga bagi tengok video upin ipin).


Gaya masing masing bila minum susu :). 
Dan bila daddynya balik last week, Anas mula la mengekor saja belakang daddy. So daddy bawak gi masjid sekali. Biarlah dia belajar dari kecil.

Suka sangat bila daddy balik :)
Haa... kawan-kawan blogger dan pembaca pula bagaimana pengalaman puasa tahun ni?

Jom kita berkongsi cerita di sini. Semoga ukhuwah akan terjalin di sini.
sampai jumpa lagi, jaga diri jaga peribadi.

:):):)
NikNa

No comments:

Post a Comment