"Sayang apa khabar dengan mu
di sini ku merindukan kamu
ku harap cintamu takkan berubah
kerna disini ku tetap untuk mu"...
na..na..na..na.....
Hehehe..tetiba jer rasa nak start blogging malam ni ngan lagu ni...Actually selalu jugak Nik dok humming this song. Time drive, dok mengelamun ker, spend time with children ker sambil dok layang diorang, Nik dok humming the song. Bukan hafal pun liriknya cuma the first rangkap tu je .Apa pun Nik suka lagu ni sebab dia catchy.
Tapi selalu lah kalau nyanyi anak Nik akan tegur 'jangan sebut aku la mummy tak baik', 'jangan sebut mu lah mummy tak baik sebut mu'...Sebabnya Nik dah ajar anak sulung Nik , Anas untuk tidak gunakan perkataan 'aku' dan 'mu'...Nik ajar guna 'saya' dan 'awak'. So...kekadang tuh bila nyanyi depan anak-anak, Nik akan ubah lagu tu jadi 'I' dan You'. hahaha....Anak-anak cepat belajar...
Seperti lirik lagu ni... Nik akan teringat kat husband yang jauh di mata tetapi sentiasa dekat di hati.<3<3<3 :). Disebabkan kitorang ni perkahwinan jarak jauh (PJJ) jadi selalulah kena berulang alik. Selalunya hubby yg akan turun KB over the weekend. Biasanya Nik akan rancang cuti panjang sikit untuk naik KL dengan anak-anak.
So, seminggu sebelum cuti sekolah hari tuh Nik ambik cuti seminggu untuk bercuti di KL. Nik biasa ke sana naik flight sajer kerana hubby tak nak susahkan Nik dan anak2 dengan perjalanan yang lama. Biasalah kalau dah lama tu macam2 hal la kan... Nak itu nak ini buat itu buat ini. Kalau dia ade sekali then ok....
Kalau naik flight tentulah masa pun cepat dan kita boleh sampai awal. Cepat lah dapat jumpa yang tersayang kan?:)hehehe. Tambahan lagi anak sulung Nik memang suka naik flight. Kalau tanya dia bila besar nak jadik apa? Of course dia akan jawab nak jadik PILOT.!!! Hahaha.
Sambil cuti tuh Nik ambik kesempatan untuk berbisnes juga. So, hari Jumaat tu Nik ambik kesempatan pergi ke kelas GLAM di TTDI. Kebetulan pula itu adalah 1st class yang di adakan selepas kawan2 biz Hai-O pulang dari FREE Trip ke LONDON/ Paris 10 hari 8 malam (wow!!! lama gila pergi berjalan negara orang FREE weh). So, jadiklah antara orang2 yang pertama tengok video klip LONDON/PARIS...
Nak tahu apa lagi yang Nik belajar masa kat kelas tu? ...next update insyaALLAH. Nanti kan ye.
Selepas kelas, meeting with my leader AJUE, inject turbo dulu untuk next project. Nak tahu Project apa? Haaa akan Nik bagitau korang...jangan bimbang:)
Sepanjang kat sana Nik and anak2 happy sangat. Hubby pun happy sebab balik umah jer dah ader orang sambut. Anak-anak toksah cakaplah, kalau yang sulung tuh, asyik berkepit sajer ngan daddynya. Mengekor laaa...Nasib baik dah besar sikit dah faham bila daddynya nak gi kerja, kalau tak, menangis nak ikut jugak..
Nik pulak, time tulah nak buat bisness, biz sharing ngan kawan lama, meeting biz partner dan ambik order dan sebagainya. Mudah sangat buat biz PB nih sebab semuanya online so anytime boleh buat. Ada lap top/ tab, ader akses internet semua beres. Nak ngan tak nak jer. dari dok buang masa macam tuh jer ader jugak faedahnya buat biz nih. Masa terisi , duit masuk.. yang penting HALAL...kita pun dapat ramai kawan. Selain itu dapat juga kita menambah nilai diri sendiri dan orang lain. Kannnn?
Dan sempat jugaklah spend time visit my sisters in Puchong and Batu Caves. Sempat keluar makan2 ngan diorang a few times... happy moments. sayang sangat tak der pic di ambil with diorang, tapi takper sebab semunya tersimpan dalam cakera otak ini...
But ada a few pics yang sempat di rakam. Nik akan upload next k. till then bye!
No comments:
Post a Comment